Pada 28.5.2021 Buletin Utama TV3 telah menyiarkan tentang sebuah syarikat Atomy Malaysia Sdn Bhd (AMSB) yang dikatakan di fitnah dan dibuli di media sosial. Terdahulu syarikat AMSB ini dikatakan menyebarkan ajaran agama atau melakukan aktiviti Kristianisasi. Syarikat AMSB menafikan dakwaan dan bersedia mempertahankan semua kepentingannya dalam mahkamah.
Mengikut kitab psywar (cyberwar) isu ini berada pada ‘breakout scale 5 @ BS5’ kerana isu ini telah pun di mainkan oleh ‘influencer’. Kita tahu pada BS5 isu ini sangat perlu ditangani dengan sidang media. Keputusan untuk isu ini sama-ada betul atau salah itu kita serahkan pada pihak mahkamah untuk putuskan tapi ini adalah contoh BRAND ATTACK yang sama ada boleh terjadi secara sengaja ataupun tidak sengaja. Brand Attack ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kepada sayarikat mahupun kerajaan. Soalnya adakah kita mempunyai kapasiti untuk mempertahankan imej di mata masyarakat dan golongan sasar sekiranya berlaku Brand Attack.
Sekiranya diajukan soalan adakah persepsi negatif telah terbentuk dimata masyarakat dan sekiranya ada berapa pula kerugian yang dialami oleh pihak syarikat dengan tercalarnya imej mereka? Untuk kami di PSYWAY.MY soalan yang ingin kami tanyakan adalah kenapa ambil masa begitu lama bagi menangani isu ini sedangkan itu ini telah tular berbulan lamanya? dan apakah tindakan susulan selain dari tindakan mahkamah kerana persepsi telahpun terbentuk.
“Soalnya adakah kita mempunyai kapasiti untuk mempertahankan imej di mata masyarakat dan golongan sasar sekiranya berlaku Brand Attack?”
Kami kongsikan juga bagaimana isu ini sepatutnya dianalisa dan apa yang sepatutnya dilakukan selepas ini supaya sekiranya ianya terjadi kita boleh bertindak dengan maklumat dan strategi yang betul.
Jadual 1: Analisa Dimensi Isu
| DIMENSION | ATTENTION | NARRATIVES | NEWSMAKERS | INFLUENCE | |
| Less media attention on mainstream media but high public awareness on network user due to the nature of the business | The agenda of Christianity | Social media influencer in YouTube
Buletin Utama TV3 (28.8.21) |
Buletin Utama TV3. Facebook and YouTube | ||
| 1 | BREAKOUT | Level 5: Celebrity Amplification | GC: Broadcast | |||
| 2 | TOP PEOPLE | Influencer: (Dato’ Ustan Mohd Zawasi, Ustaz Ahmad Iqram Mohamad Noor, Ustaz Firdaus Wong, Dr.Tengku Asmadi (DTA), Prof Dr. Muhaya, Dato Fadhilah Kamsah) | |||
| 3 | TOP ORGANIZATION | JAKIM: http://bit.ly/AtomyJAKIM
Jabatan Mufti Selangor: http://bit.ly/AtomyMufti |
|||
| 4 | IMPACT | High impact on brand image | |||
| 5 | ACTION | Sidang Media. Crisis Management Policy Implementation. Digital Braodcast and Micro Targeting Ads. | |||
Rujukan Media Sosial
3/1/2021: Atomy & Kristianisasi? – Ustaz Ahmad Iqram Mohamad Noor
8/1/2021: Hukum Islam Tentang Bisnes Atomy Malaysia
12/3/2121: Bukti Atomy Terlibat Kristianisasi
11/4/2021: Atomy Terlibat Kristianisasi? Pendedahan Muzakarah Bersama Dr Tengku Asmadi