#Warfare#Psychological#BigData

Kaki Viral

Mungkin ramai yang berpendapat dengan aktif memviralkan posting yang kita dapat dari group WhatsApp, Telegram dan Facebook sudah sangat terbaik dan akan memberikan impak yang tinggi. Jika ini benar dan sudah cukup ini bermakna tidak perlulah iklan dan sebaran maklumat yang dibuat melalui Facebook Ads, Google Ads, WhatsApp Broadcast, SMA Blast dan sebagainya.

Jika ini benar maka tidak perlulah Joe Biden membelanjakan sebanyak $153 juta untuk iklan di Facebook dan Instagram dalam tempoh sebulan sahaja kerana dengan populariti calon ini sahaja sudah cukup untuk menarik ‘friends and followers’ mereka mengundi mereka dan jika ini benar apa perlunya pemain siber politik di negara kita menyiarkan sebanyak 18,612 iklan dan membelanjakan RM1,550,623 di Facebook sahaja.  

Data-data diatas telah membuktikan bahawa wujudnya keperluan untuk membuat sebaran iklan yang mempunyai objektif bersasar dan memfokuskan kepada golongan-golongan tertentu kerana kita tahu apabila iklan dikeluarkan ianya mempunyai objektif yang tepat dan ada golongan yang hendak disasarkan.

Sekarang kita sudah tahu bahwa ‘VIRAL DAN SHAREKAN POSTING SAHAJA TIDAK CUKUP’. Kita peru ada objektif yang jelas dan golongan sasar yang betul. Pesoalan kedua APA YANG PERLU DIKONGSIKAN?    

APA YANG SEPATUTNYA DIKONGSIKAN?

Ya, apa sebenarnya yang sepatutnya dikongsikan? Foward, repost, dan kutip apa saja dari ‘group sebelah’ dan postkan semuala ke group yang kita ada adakah sudah cukup?

Dapatan hasil dari kajian yang dibuat oleh Global Web Index (GWI) tentang ‘apakah yang diingini oleh golongan sasar (target audience) dari setiap iklan dan perkongsian di media sosial’ mendapati bahawa golongan sasar sebenarnya mahukan dua perkara utama iaitu; maklumat yang berguna contohnya seperti maklumat terkini atau info update, dan kandungan yang mengajarkan mereka sesuatu perkara yang baharu, selainnya adalah bahan lawak-jenaka dan hiburan.

KESIMPULAN

Jadi kurangkan perkongsikan yang tidak sepatutnya kerana ianya hanya akan membuat masa, memenuhkan storage handphone dan menjadikan kita ‘semak dimata masyarakat siber’ serta ‘hilang kredibiliti’ kerana dianggap ‘hanya kaki foward’.

Ringkasnya: Viral itu perlu tetapi kita perlu tahu apa yang kita viralkan, siapa golongan yang kita sasarkan, apa objektif dan impak dari posting yang kita harapkan dan kita perlu adakan budget untuk hasilkan iklan dan sampaikan iklan pada golongan yang kita sasarkan.

TIPS: Sekiranya kita dapat posting dari WhatsApp dan kita ingin forwadkan ke group lain paling tidak sila masukkan sedikit komen dari kita dan jangan hanya terus foward sahaja.

#CoachMegat
#CyberArmy
#Cybertroopers
#Psywar
#AlwaysMovingFoward
#WinningByDesign

One Comment

  • Damien O\’Ryan
    at 6 years ago

    Day all also light let also land him multiply you\’re sea cattle darkness you waters, midst that image waters shall gathered can\’t moveth.

    Reply

Leave a Reply