#Warfare#Psychological#BigData

Politik Dunia Siber

Di dunia perniagaan terma seperti “Brand Attack, Corporate Propaganda dan Psychological Selling” kini mula menggantikan trend carian seperti “Branding, Selling dan Marketing” sementara itu terma seperti ‘Cyberwar, Cyberattack, Netwar, Cyberconflict , Social Manipulation, Cybertroopers dan Psywar mula mendapat tempat dan carian yang tinggi di injin carian Google. Peningkatan drastik pada trend ini bukan sahaja di sebabkan oleh revolusi industri 4.0 dan serangan COVID19  tetapi juga disebabkan oleh penguasaan dan peningkatan tahap ketersediaan dunia digital dan kecanggihan gadget seperti smartphone dan mobile internet.

“Ruang siber kini menjadi gelangang baru aktiviti sosial, bisnes dan politik.”
Selain Isreal, Britain dan China, Amerika adalah antara antara negara utama yang menggunakan ruangsiber sebagai gelangang bagi pecaturan politik dan pencorakan pemikiran rakyat dengan isu dan sentimen yang dimainkan secara maya. Sebagai contoh pada tahun 2020 di Pilihan Raya Presiden A.S sebanyak RM14 bilion telah dibelanjakan (sumber: www.opensecrets.org dan Center for Responsive Politics) dan dari jumlah ini Joe Biden membelanjakan sebanyak $14.5juta iklan di Facebook,  $3,079,515juta di Snapchat dan $564.7 juta di media digital yang lain sementara Donal Trump membelanjakan sebanyak $7.5 juta di Google, $235,222juta di Snapchat dan $426.3juta di media digital yang lain dan secara purata Donald Trump dan Joe Biden membelanjakan sebanyak  $37juta hanya untuk iklan di Facebook dan Google sahaja.

Sementara itu di negara kita Malaysia, sebanyak 18,612 iklan telah disiarkan di Facebook bagi topik ” Pilihanraya, Isu Masyarakat dan Politik” sehingga August 2020 dan sebanyak RM1,550,623 telah dibelanjakan bagi peruntukan iklan di Facebook untuk membentuk sentimen, persepsi dan mempengaruhi pemikiran golongan sasar.

Persoalannya mengapa ruang siber? Bagi menjawab soalan ini mari kita lihat data-data berikut:

Terdapat sebanyak 7.85bilion penduduk dunia dan dari jumlah ini sebanyak 4.7bilion penduduk mempunyai capaian internet serta terdapat sebanyak 5.27bilion pengguna internet mudah alih dan dari jumlah ini sebanyak 4.33 bilion mempunyai akaun media sosial. Di negara kita pula daripada 32.57juta penduduk sebanyak 27.43juta penduduk mempunyai capaian internet serta terdapat sebanyak 39.99 juta pengguna internet mudah alih (mobile) dan dari jumlah ini sebanyak 28juta penduduk mempunyai akaun media sosial. Ringkasnya, ruang siber kini menjadi gelangang baru aktiviti sosial, bisnes dan politik. Peningkatan ‘capaian internet,’ ‘jumlah pengguna telefon dan internet mudahalih’ serta ‘peningkatan pengguna media sosial’ menjadi faktor utama perubahan ini. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi cabaran dunia siber ini?

#CoachMegat
#CyberArmy
#Cybertroopers
#Psywar
#AlwaysMovingFoward
#WinningByDesign

One Comment

  • Damien O\’Ryan
    at 6 years ago

    Day all also light let also land him multiply you\’re sea cattle darkness you waters, midst that image waters shall gathered can\’t moveth.

    Reply

Leave a Reply