#Warfare#Psychological#BigData

Strategi Perang Siber

PERANG SIBER DENGAN TUKUL DAN CANGKUL

Literasi perang siber serta tahap pembabitan dimedia sosial dikalangan ahli politik di Malaysia adalah masih terkebelakang. Kebanyakan mereka hanya menggangap ‘psywar’ adalah ‘Hanya Media Sosial’ dan ‘Media Sosial Hanyalah Facebook’  dan masih ada juga yang menganggap sudah sudah cukup dengan membuat sebaran posting di Facebook ataupun perkongsian di Telegram group yang mereka miliki sebagai perang siber atau strategi media sosial mereka.

Mari saya berikan contoh mudah didalam kehidupan harian kita supaya senario ini dapat dilihat dengan lebih jelas. Katakan kita ingin membina sebuah rumah bunglow dua tingkat yang mempunyai  6 bilik, 2 ruang tamu dan 2 dua ruang dapur yang membahagikan ruangan kering dan basah. Tentunya untuk membina rumah bunglow ini kita sekurang-kurangnya memerlukan;  pertama, satu  ‘model’ yang betul untuk kita jadikan contoh rumah yang ingin dibina. Kedua, pelan(architectural drawing) bagi tujuan kelulusan dan pembinaan rumah. Ketiga,  Jurubina (architect) bagi melakar plan rumah tersebut dan 4. Pasukan kontraktor bagi membangunkan dan menyiapkan rumah tersebut.

Sekarang mari kita lihat, kenapa kita tidak menyenaraikan peralatan seperti ‘penukul, ‘ pahat,’ ‘pencebak,’ dan ‘cangkul’ terlebih dahulu sebagai keperluan utama membina rumah ini? bukankan peralatan ini penting untuk membina rumah tersebut?. Contoh ini sebenarnya samalah dengan keperluan apabila kita ingin merangka strategi perang siber. Kita sebenarnya tidak boleh terus memberikan fokus kepada Facebook, Instagram atau WhatsApp sahaja kerana Facebook, Instagram dan WhatsApp ini hanyalah alatan semata-masa seperti ‘Cangkul, Penukul dan Pencebak’ tadi.  Fokus yang sepatutnya kita tekankan adalah model, strategi dan perancangan taktikal terlebih dahulu sebelum memilih apakah instrumen teknologi atau system yang diperlukan bagi tujuan strategi perang siber ini. Kemudian kita juga perlu menilai tahap ketersediaan jentera siber yang kita ada dan apakah keperluan dan kehendak khusus bagi membolehkan mereka ini menjalankan aktiviti mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

Berbalik kepada contoh rumah tadi, kita juga sebenarnya membina rumah tersebut dengan spefikasi yang jelas disebab keperluan dan budget yang diperuntukan. Enam bilik yang kita bangunakan mungkin untuk keperluan bilik tidur, bilik tetamu, bilik kerja serta stor bagi tujuan simpanan dokuman dan peralatan rumah. Didalam merangka strategi parang siber kita juga sebenarnya merangka strategi mengikut keperluan dan budget yang kita tentukan. Contohnya didalam perang siber kita membahagikan ruangan ini mengikut ‘geolocation’ atau segment sasaran yang tepat dan setiap segmen ini kita bahagikan kepada kawasan-kawasan Hitam, Putih dan Kelabu (Grey) yang menunjukkan kepada kriteria pengundi dan juga diperincikan dengan keperluan bantuan,  aktiviti, budget serta bentuk sebaran maklumat yang sepatutnya.

Strategi ‘personalization politics’ ini telah terbukti sangat berkesan digunakan oleh President Joe Biden apabila beliau menumpaskan Donal Trump didalam Pilihan Raya Presiden yang lepas dan dari segi fakta kita tahu Donald Trump mempunyai 30juta followers di Facebook dan 86juta followers di Twitter sedangkan  Joe Biden pada ketika itu yang hanya mempunyai 3 juta follower di Facebook dan 9 juga follower di Twitter. Sejarah telah membuktikan kelebihan 95juta follower ini tidak menjanjikan kemenangan pada Donal Trump tetapi strategi dan taktik adalah lebih penting.

#CoachMegat
#CyberArmy
#Cybertroopers
#Psywar
#AlwaysMovingFoward
#WinningByDesign

One Comment

  • Damien O\’Ryan
    at 6 years ago

    Day all also light let also land him multiply you\’re sea cattle darkness you waters, midst that image waters shall gathered can\’t moveth.

    Reply

Leave a Comment